Thursday, February 25, 2016

PERSONAL SHOPPER

Bulan Februari ni dah sampai ke penghujungnya tapi saya baru teringat nak update blog saya. Orang lain update selalu jer kan? Blog saya jugak yang jarang update. Tapi,xper. Saya nak kongsi sikit mengenai PERSONAL SHOPPER.

Ada yang sanggup berhenti kerja semata mata untuk menjadi full time personal shopper atau lebih dikenali sebagai PS dan ada yang buat sebagai part time sahaja. Bagi yang dah tahu mengenai ini, sebenarnya buat benda ini bukan lah senang tau. Kena berkorban masa dan bersengkang mata sampai ke pagi melayan customer yang mesej bertanyakan itu dan ini dan seriously, hanya orang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sahaja yang boleh menghadapinya. Yang Sabar sahaja ok???

Yang tak sabar tu memang tak boleh jadi PS ni sebab kadang-kadang kita kena balas mesej tu on the spot. Sesetgh customer xakan faham yang kita busy dan benda ini dipanggil service to the customer. So kalau lambat reply,customer akan cari orang lain yang service tip top dan sanggup bayar berapa sahaja asalkan produk yang dikirim oleh mereka selamat sampai pada mereka.

Wah, bestkan jadi PS ni tapi tu lah kena banyak menghabiskan masa dan tenaga depan laptop,pc dan depan handphone. Promote sana sini dan setahu saya ada PS yang dah lebih setahun buat benda ni dan service PS mereka tip top.

Tapi saya sarankan kepada orang yang ingin menggunakan perkhidmatan PS buat pertama kali,sila berhati hati supaya anda tidak ditipu. Jadilah pengguna yang bijak semasa membeli dalam talian.

Dan kepada PS yang baru,sila berhati hati dengan customer yang nak kirim barang pada anda. Elakkan diri anda dari ditipu oleh customer. Jadi kesimpulannya di sini PS dan customer,dua dua kena berhati hati...


5 comments: