Tuesday, February 15, 2011

FESYEN SELENDANG(SHAWL) AMAT DIMINATI




Fesyen selendang adalah menjadi satu fesyen baru yang menjadi kegemaran kaum hawa zaman sekarang. Fesyen ini menjadi ikutan dan terdapat ada di antara kita menjadikan artis sebagai idola bagi fesyen selendang ini seperti Dato Siti Nurhaliza,Yuna dan lain-lain lagi. Kalau kita lihat di pasaran,terdapat pelbagai jenis selendang yang ada dan boleh digayakan dengan berbagai-bagai cara dan diantaranya ialah 'shawl subang/gipsi', 'shawl cotton', 'shawl sisik ikan' dan macam-macam lagi selendang yang diberi nama atas warna dan corak selendang tersebut.

Ini kerana selendang senang dan selesa untuk dipakai walau ke mana kita pergi . Selain itu,jenis bahan selendang yang dijual tidak panas dan sesuai dengan cuaca negara kita. Tetapi,yang penting ialah ia menutup aurat dan nampak sopan apabila kita memakai selendang.

Zaman sekarang,kebanyakan orang boleh membeli selendang yang mengikut fesyen hanya melalui facebook atau blog sahaja. Hanya satu klik dan membuat pindahan duit melalui akaun anda,anda akan mendapat selendang yang anda gemari melalui alam maya. Tetapi,kena berhati-hati kerana mungkin apa yang anda lihat tidak seperti yang akan anda dapat. Jadi,lebih baik tanya dulu kepada penjual mengenai selendang yang anada berminat dan rajin-rajin lah membelek blog selendang yang lain kerana mungkin anda akan menjumpai orang yang menjual jenis selendang yang sama tetapi harga yang berbeza sama ada lebih mahal atau lebih murah. Dan jika anda khuatir dengan penjual lain,beli lah selendang dengan penjual selendang yang pernah anda beli sebelum ini untuk elak ditipu,k...

Jika anda rajin dan inginkan selendang yang murah,anda boleh pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman(Jalan TAR) dan banyak pilihan selendang menanti anda dengan harga- harga yang amat berpatutan terutamanya bagi anda yang gemarkan fesyen berselendang yang terkini.

Dapatkan info-info yang terkini dari majalah yang berada di pasaran seperti Dara.com yang sememangnya menjadi majalah pilihan saya sejak saya bertudung.

Antara koleksi selendang saya
Tips
1)Sediakan ruang untuk menyangkut selendang anda jika anda yang sememangnya gemarkan fesyen bertudung.

2)Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk mengosok selendang anda, beli lah selendang dari bahan yang tidak payah digosok dan tidak cepat berkedut kerana ia menjimatkan masa anda.

3)Jika anda memakai baju yang penuh corak, kalau boleh elakkan selendang yang bercorak banyak juga kerana ia akan menampakkan penampilan anda berserabut.

4)Bagi yang ingin mempelajari cara-cara untuk memakai selendang mengikut fesyen, rajin-rajin lah membeli dan membelek majalah- majalah di pasaran seperti Dara.com dan Nur.

2 comments: